Ramai Kecam Pemilik Dashcam Kerana Pandu Laju Walhal Nampak Kereta Bezza Keluar Simpang [Video]

LocalCars
22 Apr 2025 • 3:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui apabila berada di jalan raya, kita sememangnya perlu mengamalkan sikap untuk berhati-hati dan juga bertoleransi.

Ini kerana, sudah menjadi lumrah mereka yang berada di jalan raya mempunyai pelbagai ragam dan untuk keselamatan adalah penting untuk kita sentiasa mengamalkan dua sikap ini.

Malah demi keselamatan, ada yang bertindak untuk memasang kamera dashcam demi langkah berjaga-jaga serta menjadikannya bukti sekiranya ada berlaku sebarang insiden tak diingini.

Pemilik dashcam jadi perhatian kerana marah kereta Bezza keluar simpang

Namun berbeza dengan seorang pemilik dashcam ini apabila individu terbabit mendapat kecaman ekoran sikapnya yang tidak bertoleransi ketika di jalan raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di X, awalnya kelihatan pemilik dashcam melalui sebatang jalan dipercayai di Kuala Lumpur.

Tidak lama kemudian kelihatan dari jauh sebuah kereta Perodua Bezza berwarna silver keluar dari satu simpang.

Laju meskipun nampak kereta Bezza keluar simpang dari jauh

Namun pemilik dashcam tidak memperlahankan kenderaan dipandu sebaliknya memberikan lampu tinggi (high beam).

Dalam masa sama kereta Bezza itu tetap keluar secara perlahan-lahan dari simpang terbabit. Walau bagaimanapun pemilik dashcam masih tidak memperlahankan kenderaannya sehingga menyebabkan dia hampir merempuh belakang Bezza berkenaan.

Siap bunyikan hon panjang marah kereta Bezza

Turut kedengaran pemilik dashcam membunyikan hon yang panjang dipercayai seperti memarahi pemandu Bezza berkenaan sebelum memotongnya.

Menerusi maklumat pada rakaman dashcam, insiden itu dipercayai berlaku pada 21 April lalu sekitar jam 12 malam.

Ramai kecam pemilik dashcam sebab laju ketika kereta Bezza keluar simpang

Melihat di ruangan balas hantaran tersebut, ramai yang mengecam tindakan pemilik dashcam yang masih memandu laju meskipun kelihatan Bezza itu sudah memasuki simpang secara perlahan-lahan.

Malah ada yang menyifatkan kenderaan pemilik dashcam seperti tidak mempunyai pedal brek untuk memperlahankan kenderaanya.

Ada juga yang berpendapat sekiranya kereta Bezza tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba maka adalah wajar untuk pemilik dashcam memberikan hon dan memarahinya.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi situasi sama, malah ada yang mengatakan pemilik dashcam kurang bijak kerana menunjukkan kesalahan diri sendiri kepada khalayak.

“Dari jauh nampak dah kereta tu keluar kau kenapa tekan minyak? Kereta kau tak ada brek ke?”

image is not available

“Mentaliti. Banyak kali kena macam ni. Aku dah bagi signal nak tukar lorong ada seminit. Bila badan kereta dah separuh lorong, bebal macam ni masih nak hon padahal dia jauh lagi sebelum tu. Memang kena hon balik lah.”

image is not available

“Konon nak tunjuk slaah orang, akhirnya tunjuk kebodohan sendiri”

image is not available

“Aku rasa owner dashcam ni yang hantu. Orang tu elok masuk jalan kau sahaja pergi tekan minyak. Hidup tak boleh tolak ansur sikit, kau pergi duduk dekat hutan dengan hantu”

image is not available