
Ramai Pernah Dalam Situasi Ini, Punca & Cara Elak Tersalah Pijak Pedal Minyak Kereta
Ramai anggap memandu kenderaan sesuatu yang mudah, hanya pijak pedal minyak dan kereta terus bergerak.
Realitinya, memandu memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi kerana bukan sahaja melibatkan nyawa pemandu, malah orang disekeliling.
Berdasarkan, statistik kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Sebanyak 80.6 peratus kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kesilapan manusia termasuk kemalangan disebabkan terpijak pedal minyak.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), hampir separuh kes salah tekan pedal berlaku di kawasan parkir dan kelajuan rendah.
Apa itu Salah Tekan Pedal Minyak?
Salah tekan pedal (pedal misapplication) berlaku apabila pemandu secara tidak sengaja menekan pedal pendikit (minyak) dan bukannya brek atau menekan kedua-dua pedal pada masa yang sama.
Kesilapan ini boleh menyebabkan pecutan luar kawalan, hilang kawalan kenderaan, dan kemalangan serius.
Baca juga:Punca Tersalah Tekan Pedal
Antara punca berlakunya kejadian ini adalah seperti berikut;
Kasut tidak sesuai/tergelincir
Panik, reflek atau keliru semasa kecemasan
Reka letak pedal yang kurang baik (contohnya kedudukan pedal terlaku rapat)
Kurang pengalaman dalam pemanduan
Keletihan, tumpuan terganggu, atau gangguan pada keadaan kognitif.
Masalah teknikal atau penyelenggaraan pedal yang kurang baik.
Cara Mengelakkan/Minimumkan Risiko
Berikut antara langkah yang boleh dilakukan dalam meminumkan risiko terpijak pedal minyak;
Pastikan kaki kanan sahaja yang mengawal pedal
Sentiasa fokus walaupun pada kelajuan rendah
Tekan brek dahulu sebelum tukar gear
Biasakan diri dengan reka letak pedal sebelum mula memandu
Gunakan teknik kedudukan kaki yang betul contohnya, tumit tetap berpijak pada lantai, bahagian depan tapak kaki berada di atas brek
Uji sama ada pedal kenderaan berfungsi dengan baik semasa penyelenggaraan.
Laraskan kedudukan tempat duduk dan cermin untuk memastikan akses penuh pada pedal
Lakukan latihan berhenti kecemasan di persekitaran berisiko rendah.

Yang paling penting sebagai pemandu, memandu secara berhemah dan kekal tenang kerana keselamatan bermula dengan kawalan diri anda.






