![Image from: Ramai Puas Hati Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Tepi Jalan Lepas Kena ‘Sound’ Dari CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/lelaki-kena-sound-buang-sampah-tepi-jalan-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjaga kebersihan negara merupakan tanggungjawab semua masyarakat tanpa mengira umur. Tindakan segelintir individu suka membuang sampah merata-rata tidak hanya menyusahkan orang ramai bahkan mengundang penyakit.
Baru-baru ini dua individu turut tular selepas dilihat dengan selamba membuang beberapa beg plastik sampah di tepi jalan berdekatan Jalan Batu Bata, Kota Kemuning, Shah Alam.
2 lelaki selamba buang 3 beg plastik sampah tepi jalan
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, awalnya kelihatan dua lelaki keluar dari sebuah kereta Proton dipercayai jenis Pesona dan bertindak membuang tiga beg plastik sampah di tepi jalan.
Sampah berkenaan yang diambil dari bonet belakang kereta itu kemudiannya dicampakkan ke bahu jalan yang dipercayai menjadi lokasi pembuangan sampah haram.
Tindakan dirakam CCTV, pihak berkuasa minta kutip semula
Tindakan tak bertanggungjawab dua lelaki itu bagaimanapun disedari pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang memantau menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di kawasan itu.
Bahkan mereka turut ditegur secara langsung dan diminta mengambil semula sampah yang dibuang sebelum tindakan lanjut diambil.
“Dilarang membuang sampah di sini. Ulang suara, ulang suara. Dilarang membuang sampah di sini, anda akan didakwa.
“Dilarang membuang sampah disini. Sila ambil semula sampah anda sekarang. Kami telah memantau pergerakan anda. Sila ambil semula sampah anda,” kata anggota penguat kuasa berkenaan.
View on Threads
Lelaki kutip semula sampah dibuang masuk dalam kereta, ramai puas hati dengan teguran diberikan
Selepas ditegur, mereka awalnya dilihat seperti enggan mengutip semula sampah tersebut.
Namun selepas diberikan arahan beberapa kali, salah seorang darinya kemudian mengambil semula sampah terbabit dan memasukkannya semula ke dalam bonet kereta belakang.
Di ruangan balas hantaran itu, ramai yang berpuas hati dengan teguran yang diberikan oleh individu berkenaan terhadap dua lelaki yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
Bahkan ramai berpendapat tindakan individu membuang sampah tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi menganiaya penduduk yang berada di kawasan tersebut.
Malah ada yang meminta agar individu seperti itu dikenakan denda sehingga ribuan ringgit.
Menerusi semakan kami video sama asalnya dikongsikan MBSA di X.
Menurut MBSA pada ruangan kapsyen, perbuatan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat yang disediakan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“MBSA tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan pembuangan sampah haram dan tindakan tegas akan diambil.”
𝐌𝐁𝐒𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐂𝐂𝐓𝐕
— MBSA (@sacitycouncil) May 6, 2026
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sentiasa komited dalam memastikan kebersihan dan kesejahteraan bandar raya terus terpelihara melalui pemantauan berterusan, termasuk penggunaan sistem kamera litar… pic.twitter.com/oTWn2AmKpC
Memetik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), bermula 1 Januari 2026 individu yang membuang sampah merata-rata boleh didenda maksimum RM2,000 dan hukuman perintah khidmat masyarakat selama 12 jam untuk tempoh enam bulan.
Berikut adalah komen netizen:
“Bagus cara macam ni, tolong pasang annoucement ni dekat semua tempat..”
![Image from: Ramai Puas Hati Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Tepi Jalan Lepas Kena ‘Sound’ Dari CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/buang-sampah-merata-1.jpg)
“Inilah sebahagian sikap rakyat Malaysia yang tak ada sivik langsung. Main buang je. Mohon pihak berkuasa tempatan sediakan tempat yang lebih terjaga”
![Image from: Ramai Puas Hati Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Tepi Jalan Lepas Kena ‘Sound’ Dari CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/buang-sampah-merata-2.jpg)
“Kalau nak guna suara macam petir, tolong jangan ragu-ragu untuk cari saya”
![Image from: Ramai Puas Hati Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Tepi Jalan Lepas Kena ‘Sound’ Dari CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/buang-sampah-merata-3.jpg)
“Inovatif PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) ni. Sebenarnya jika penguatkuasaan secara bijak, masalah ini dapat diastasi dengan mudah. Semuanya bergantung kepada PBT yang menguruskannya.”
![Image from: Ramai Puas Hati Lelaki Kutip Semula Sampah Dibuang Tepi Jalan Lepas Kena ‘Sound’ Dari CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/buang-sampah-merata-4.jpg)
