Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Umar memuji tindakan seorang staf kedai peruncit perkakas rumah, MR D.I.Y yang memeriksa dahulu (kawalan kualiti) bendera Jalur Gemilang sebelum menjualnya kepada pelanggan.
Menerusi foto dikongsi, kelihatan pekerja tersebut telah mengeluarkan sejumlah bendera kecil daripada bungkusan plastik dan memeriksa dengan teliti setiap butiran yang terdapat pada bendera.
Mungkin mahu memastikan warna, bilangan jalur serta kedudukan bulan dan bintang adalah tepat.
“Bagusnya Prosedur Operasi Standard (SOP) baru MR D.I.Y ni, staf dia akan periksa dulu bendera sebelum jual pada pelanggan,” kata Umar di ruangan kapsyen.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Layak Dipakai” – Gambar Jalur Gemilang Pada Baju Ada Design Seolah Dipijak Bikin Ramai Geram
‘Periksa Barang Yang Berkemungkinan Rosak, Pecah, Bocor & Sebagainya Adalah SOP Lama Di MR D.I.Y’ – Bekas Cashier
Kalau anda nak tahu, pemeriksaan barangan yang dibeli pelanggan sebenarnya merupakan SOP yang sudah lama terpakai di kedai runcit berkenaan.
“Bekas juruwang (cashier) MR D.I.Y sini, bukan SOP baru, memang dari dulu kami buat. Bukan bendera je kami check. Semua barang yang ada kemungkinan rosak, pecah, bocor dan sebagainya memang kami periksa dahulu sebab SOP memang macam tu,” kata seorang bekas staf MR D.I.Y.
Malah pada tahun lalu, sebuah video menunjukkan seorang staf wanita MR D.I.Y yang memeriksa bendera Jalur Gemilang di cashier juga pernah tular dan mendapat pujian ramai.
Pemeriksaan Jalur Gemilang itu memang sewajarnya dilakukan memandangkan banyak kes-kes sebelum ini di mana terdapat kesalahan pada bendera Malaysia.
Ada isu jalur tidak cukup, warna jalur salah dan lain-lain.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Kaum Apa Jangan Salah Pasang Bendera!’ – Auntie Beri Amaran Sempena Bulan Kemerdekaan Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang: “Kes Tak Disengajakan” – MB Terengganu
Baca Artikel Berkaitan: Isu Jalur Gemilang Berkibar Terbalik Di Melaka, YB Duyong Tampil Dedah Puncanya [Video]
‘Usaha Baik Layak Dipuji’ – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memuji MR D.I.Y kerana menjaga kualiti barangan yang dijual kepada pelanggan.
“Benda baik. Kita kena puji usaha mereka,” kata seorang lelaki.
“Siap ada memo lagi cara pasang bendera, baguslah,” tambah seorang lagi netizen.
‘Semua Kedai Yang Jual Bendera Jalur Gemilang Patut Ada SOP Ni’ – Netizen
Malah ada individu juga berpendapat bahawa semua kedai yang menjual bendera Jalur Gemilang patut memeriksa dahulu sebelum dijual bagi mengelakkan kes kesalahan visual pada bendera.
“Rasanya sekarang semua kedai yang jual patut ada SOP ni. Tak nak ada kes macam sebelum ni,” ujar seorang pengguna Threads.
“Tahun lepas pun diorang periksa kalau beli bendera ni,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Ramai Puji Staf MR D.I.Y Check Dulu Bendera Jalur Gemilang Sebelum Jual Pada Pelanggan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/staf-mr-diy-dipuji-periksa-jalur-gemilang-sebelum-jual-bendera-765x1024.jpg)
![Image from: Ramai Puji Staf MR D.I.Y Check Dulu Bendera Jalur Gemilang Sebelum Jual Pada Pelanggan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/staf-mr-diy-dipuji-periksa-jalur-gemilang-sebelum-jual-bendera-2-695x1024.jpg)
![Image from: Ramai Puji Staf MR D.I.Y Check Dulu Bendera Jalur Gemilang Sebelum Jual Pada Pelanggan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/staf-mr-diy-dipuji-periksa-jalur-gemilang-sebelum-jual-bendera-3-813x1024.jpg)
![Image from: Ramai Puji Staf MR D.I.Y Check Dulu Bendera Jalur Gemilang Sebelum Jual Pada Pelanggan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/staf-mr-diy-dipuji-periksa-jalur-gemilang-sebelum-jual-bendera-4-1024x277.jpg)
![Image from: Ramai Puji Staf MR D.I.Y Check Dulu Bendera Jalur Gemilang Sebelum Jual Pada Pelanggan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/staf-mr-diy-dipuji-periksa-jalur-gemilang-sebelum-jual-bendera-5-826x1024.jpg)





![‘Tak Kisah Kaum Apa Jangan Salah Pasang Bendera!’ – Auntie Beri Amaran Sempena Bulan Kemerdekaan Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/cara-pasangan-bendera-Jalur-Gemilang-dengan-betul-1024x544.jpg?t=1785748104)
