Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]

6 Oct 2026 • 12:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dadah merupakan bahan yang terlarang dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Malah individu yang memiliki mahupun menghisap dadah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Apa yang lebih menyedihkan dadah ini juga boleh mengundang kepada pelbagai masalah termasuklah merosakkan anak bangsa untuk masa depan negara. Namun saban hari terdapat pelbagai variasi dadah yang diubah suai untuk dijual kepada masyarakat secara haram.

Tular anak muda dilihat dalam keadaan tak stabil dipercayai kerana dadah

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang anak muda yang didakwa sedang berada di bawah pengaruh dadah.

Dalam video yang dikongsikan oleh aktivis dan penyanyi rap, Caprice di Instagram, awalnya kelihatan seorang wanita dan juga dua orang lelaki sedang berada di sebuah rumah.

Jalan terhuyung-hayang sehingga terjatuh ke lantai

Namun apa yang menjadi perhatian ramai, kelihatan wanita tersebut berdiri dalam keadaan tidak stabil sewaktu mahu berjalan.

Malah wanita terbabit turut dilihat terjatuh terduduk di atas lantai sewaktu ingin berjalan.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Dipercayai kerana hisap ‘piu piu’, tindakan wanita buat ramai sedih

Wanita berkenaan dipercayai berada di bawah pengaruh bahan terlarang yang dikenali sebagai ‘piu piu’ yang merupakan dadah sintetik yang dicampur dalam cecair rokok elektronik atau vape.

Melihat di ruangan komen, ramai yang sedih apabila melihat anak muda berkelakuan sebegitu dek kerana dadah terlarang.

Ada yang bimbang dengan keadaan wanita dan masa depan anak bangsa

Malah ada yang bimbang melihat keadaan wanita tersebut kerana dia dilihat seperti hilang keseimbangan diri sehingga tidak boleh bergerak.

Tidak kurang ada yang kurang mengetahui maklumat mengenai dadah jenis ‘piu piu’ serta kesannya.

Selain itu, ramai yang meminta orang ramai untuk menjaga anak-anak agar tidak terjerumus dalam masalah dadah.

“Wahai mak bapa, pantau lah anak-anak anda. Cuba tengok dimana mereka berada sekarang ni? Jangan suatu hari nanti terjadi perkara yang buruk. Baru nak menyesal”

Image from: Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]

“Kalau anak aku! Aku tak salahkan kawan-kawan dia tapi aku salahkan aku aku sendiri”

Image from: Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]

“Tolong selamatkan masa depan anak-anak kita daripada dadah”

Image from: Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]

“Allahu, kamu ni comel sangat-sangat kenapalah perlu rosakkan diri. Allahu semoga adik ni berubah”

Image from: Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]

“Piu Piu ni bahan dia apa ya? sampai macam ni sekali”

Image from: Ramai Sedih Lihat Aksi Gadis Didakwa Ambil Barang Terlarang [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved