
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay, menjadikan platform Threads sebagai ruang untuk mendapatkan inspirasi selain mendedahkan kerap menerima mesej peribadi daripada individu yang berhasrat mahu berlakon.
Liyana Jasmay, 38, berkata, dia dapat melihat pelbagai ragam manusia sama ada baik mahupun buruk yang boleh dijadikannya sebagai tauladan.
Katanya, pemerhatian terhadap gelagat orang ramai amat penting memandangkan tugas utama pembikin filem adalah untuk memerhati dan menyelami realiti kehidupan masyarakat.
“Sebagai seorang pembikin filem, 90 peratus daripada kita memang kena sentiasa memerhati perangai manusia. Platform ini menjadi jambatan untuk saya tahu apa perasaan serta reaksi generasi Gen Z, Gen Alpha, Millennials atau Boomers.
“Threads sangat menyeronokkan dan mempengaruhi kerana aplikasi ini menghubungkan kita dengan orang luar untuk dapatkan maklumat yang bagus. Saya suka baca tentang kekecewaan, kegembiraan atau luahan harian mereka kerana semuanya sangat nyata dan memberi inspirasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Mengulas mengenai mesej peribadi yang diterima di platform berkenaan, Liyana bersyukur kerana tidak pernah menerima mesej-mesej yang pelik.
Liyana menjelaskan bahawa kebanyakan mesej peribadi yang masuk adalah mendoakan kebaikan untuknya dan mendedahkan hasrat pengirim untuk mencuba bidang lakonan.
“Setakat ini Alhamdulillah saya tak pernah terima mesej pelik-pelik. Kebanyakannya seperti orang yang beritahu mereka mahu berlakon, ada yang memberi nasihat dan mendoakan yang baik-baik.
“Sebenarnya ada ramai sangat orang baik, kira-kira 90 peratus menghantar mesej mendoakan yang baik-baik. Saya sangat menghargainya kerana berasa ia amat bersifat peribadi,” katanya.
The post Ramai yang hantar mesej mahu berlakon kepada saya – Liyana Jasmay appeared first on Utusan Malaysia.






![[VIDEO] ‘Orang cakap gila, saya akan terus mesej nombor arwah’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-05-at-11.10.00-AM-1024x576.jpeg?v=1785902068)