Ramai Yang Suka Sate & Cendol, Makanan Malaysia Jadi Pilihan Penduduk Di Nanjing, China [Video]

LocalFood
9 Oct 2025 • 2:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya termasuklah makanan tradisi yang sering menjadi perhatian rakyat tempatan dan juga pelancong.

Malah ada juga segelintir pelancong yang pernah berkunjung ke Malaysia akan datang semula ke negara ini hanya untuk menikmati makanan yang dirindui.

Antara yang menjadi kegemaran mereka adalah roti canai, nasi lemak, teh tarik dan pelbagai hidangan lain lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Penduduk di Nanjing, China suka makan Sate dan Cendol

Terbaharu, seorang peniaga, Mohammad Amni Sinwan yang berasal dari Jerantut, Pahang turut tidak ketinggalan memperkenalkan makanan tradisi Malaysia kepada penduduk di Nanjing, China.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan Mohammad Amni telah membuka kedai selama 10 hari untuk berniaga di festival makanan dengan menjual beberapa jenis makanan daripada Malaysia.

Antara makanan yang dijual adalah:

  • Sate
  • Nasi lemak
  • Cendol
  • Rendang

5,000 batang sate habis dijual setiap hari

Memetik laporan Berita Harian, Mohammad Amni tidak menyangka sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan begitu luar biasa dan antara menu menjadi pilihan utama mereka adalah sate dan cendol.

“Permintaan sate ini memang luar biasa dan setiap hari lebih 5,000 cucuk sate habis dijual dalam tempoh yang singkat. Setakat ini boleh dianggarkan berbelas ribu cucuk sate sudah berjaya dijual.

“Resepi sate ini sama macam mana kita rasa di Malaysia, cuma tahap kepedasannya dikurangkan mengikut citarasa penduduk sini.

“Saya jual tiga cucuk sate berharga 10 yuan saja (RM5.90),” ujarnya.

Mohammad Amni yang juga seorang peniaga sate di Malaysia turut memaklumkan kesemua sate yang dijual diproses di Nanjing kerana dia perlu mendapatkan bahan mentah terus dari kawasan itu.

Katanya dia hanya membawa rempah ratus dari Malaysia untuk bahan perapan sate berkenaan.

@sinwantz_

Replying to @Hisham Jejai Musa Dari Segi Penyediakaan makanan. Diorang ni la Banyak bantu sepanjang Event Berlansung

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

Perkenalkan budaya Malaysia menerusi pakaian tradisional

Selain memperkenalkan makanan, Mohammad Amni turut mengambil kesempatan berada di China dengan memperkenalkan budaya Malaysia apabila memakai pakaian tradisional sewaktu berniaga.

@sinwantz_

Satay Habis awal. Jadi , EO request untuk kita nyanyi lagu Malaysia + Chinese untuk pengunjung yang hadir di Event . berduet artis Dari malaysia @Han Budak Cina #fyp #sinwantz #fypシ゚ #hanbudakcina #sataynanjing

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

Meskipun berada dalam keadaan yang panas di mana cuaca mencecah sehingga 41 darjah celcius namun dia dan pasukan tetap memakai baju Melayu dan Kurung bagi memperkenalkannya kepada penduduk di sana.

@sinwantz_

Replying to @TJwifue^_^ Bersebab dia Buat macam tu . Suhu kat sana Max 32 °C. Dia punya Rasa mcm 41 °C . Panas dia Sampai Nak pecah kepala weh 🤣 #fyp #sinwantz #fypシ゚ #sataynanjingchina

♬ 纯音乐 中国风 – 向枫蓝

Guna kelebihan fasih bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan pengunjung

Selain itu dia juga turut menggunakan kelebihan fasih berbahasa Cina untuk menghiburkan dan berbual dengan pengunjung yang datang ke festival tersebut.

Dalam satu video yang dikongsikan, kelihatan ramai pengunjung berkunjung ke gerai untuk membeli makanan yang dijualnya.

Malah turut kelihatan orang ramai sudah mula menunggu dan beratur meskipun kedai belum lagi dibuka untuk membeli sate yang dijual oleh Mohammad Amni.

@sinwantz_

Replying to @mohd azha Dia Start Viral Kat China Pulak . Da Berbual 1 Nanjing da ni #fyp #sinwantz #sataynanjing #mixlegacy

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

@sinwantz_

Replying to @Muhd Safwan Hari demi Hari Satay Malaysia Makin Menjadi Kegilaan Orang Nanjing China #sinwantz #abangsataynanjing #sataynanjing #china #nanjing

♬ original sound – JamieJL651

Ramai teruja dan bangga lihat sate dapat permintaan ramai di Nanjing

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja dan bangga melihat Mohammad Amni berniaga di China dan mendapat sambutan yang cukup meriah.

Malah ada warga Malaysia yang menetap di daerah lain di China turut menyuruh dia datang menjual sate di tempat mereka.

Bukan hanya itu, ada yang bangga kerana Mohammad Amni turut meletakkan bendera Malaysia sebagai hiasan pada hidangan sate untuk menunjukkan daripada mana makanan tersebut berasal.

“Ada bendera Malaysia. Comel sangat dan bagusnya”

image is not available

“Sedapnya sate Malaysia. Tolong datang Dongguan, kami dah penat asyik makan Lanzhou Lamian je ni”

image is not available

“Bendera Malaysia tak tinggal”

image is not available

Source: