KUNAK: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak sawit mentah (CPO) dalam satu operasi bersepadu di sini, pada Isnin.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, pihak berkuasa menyerbu sebuah premis yang dijadikan stor pengumpulan CPO haram sebelum menemui sebanyak 23.9 tan metrik bahan tersebut.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, berkata selain CPO, pihaknya turut menyita beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan berkenaan.
“Dua lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 38 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.15 juta,” katanya dalam kenyataan media, Selasa.
Kes kini disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Mohd Nazri menegaskan, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa komited membanteras aktiviti penyeludupan dan penyelewengan minyak sawit yang merugikan negara.
“Kami mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah agar tindakan tegas dapat diambil,” katanya.