Rangka Dalam Tong Bersimen Sah Milik Manusia, Siasat Sebagai Kes Bunuh

15 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rangka Dalam Tong Bersimen Sah Milik Manusia, Siasat Sebagai Kes Bunuh

ALOR GAJAH - Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam sebuah tong berhampiran kawasan rizab Empangan Durian Tunggal, Machap Baru, di sini, Ahad lalu, adalah rangka manusia.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata pengesahan itu dibuat susulan bedah siasat dijalankan terhadap rangka berkenaan.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan jantina serta punca kematian mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

“Polis masih menunggu keputusan bedah siasat yang masih diteruskan hari ini,” katanya.

Pemeriksaan turut menemukan beberapa barangan berupa pakaian bersama rangka berkenaan, termasuk fabrik, baju dan seluar.

Tong berkenaan ditemukan kira-kira 15 meter dari jalan oleh tiga pemancing berusia antara 25 hingga 35 tahun pada kira-kira jam 11.40 pagi Ahad lalu.

Polis kemudian mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengalihkan tong terbabit ke tepi jalan sebelum ia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Berdasarkan keadaan tulang serta tisu yang masih melekat padanya, rangka berkenaan dipercayai sudah berada di dalam tong itu sekurang-kurangnya tiga minggu. - Getaran, 15 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved