Rapid ambil tindakan segera, pintu tren LRT tidak dapat ditutup sempurna

27 Jul 2026 • 11:04 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Rapid ambil tindakan segera, pintu tren LRT tidak dapat ditutup sempurna

KUALA LUMPUR - Rapid KL telah mengeluarkan sebuah tren Laluan Kelana Jaya daripada perkhidmatan susulan masalah teknikal yang menyebabkan salah satu pintunya tidak dapat ditutup dengan sempurna.

Dalam kenyataannya hari ini, Rapid KL berkata,masalah teknikal itu berlaku ketika sebuah tren Laluan Kelana Jaya dalam perjalanan menuju ke Gombak, semalam.

“Pada jam 11.08 pagi, pasukan operasi mengesan masalah teknikal pada salah satu pintu tren berkenaan yang menyebabkan pintu tersebut tidak dapat ditutup dengan sempurna.

“Sejurus keadaan tersebut dikenal pasti, prosedur keselamatan operasi telah diaktifkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penumpang.

“Tren berkenaan diarahkan ke Stesen Taman Bahagia, sebelum semua penumpang diturunkan dengan selamat dan diminta meneruskan perjalanan menggunakan tren berikutnya,’’ katanya.

Rapid KL memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dan tren tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada perkhidmatan untuk menjalani pemeriksaan teknikal dan tindakan susulan.

Menurut Rapid KL, ia memandang memandang serius sebarang isu yang melibatkan keselamatan penumpang dan operasi.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca masalah teknikal tersebut, termasuk pemeriksaan terhadap sistem pintu tren berkenaan, sebelum tindakan pembaikan yang sewajarnya dilaksanakan.

“Rapid KL kekal komited untuk memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap operasi perkhidmatan rel,’’ katanya. - 27 Julai, 2026

The post Rapid ambil tindakan segera, pintu tren LRT tidak dapat ditutup sempurna appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved