“Rasanya Kamulah Orang Yang Paling Teruja Menantikan…” - Isteri Achey

19 Nov 2026 • 11:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Rasanya Kamulah Orang Yang Paling Teruja Menantikan…” - Isteri Achey

Isteri kepada pelawak Achey, Nor Hasanah atau lebih mesra disapa sebagai Anne berkongsi momen anaknya, Tiara Zinnirah yang teruja menantikan kehadiran adiknya.  Menerusi hantaran di Threads, Anne berharap hubungan Tiara dan adiknya yang bakal lahir tahun hadapan sentiasa erat dan menyayangi satu sama lain.  “Anak mama, Tiara Zinnirah ❤️ Rasanya kamulah orang yang paling teruja menantikan kehadiran adik. Hari-hari Tiara tegur adik dalam perut mama, tak lupa berselawat dan mendoakan adik. 🥹🤍 “Kadang-kadang mama hanya mampu tersenyum melihat gelagat Tiara. Betapa besarnya kasih sayang seorang kakak, walaupun adik masih belum lahir ke dunia. “Sayang, semoga hubungan kalian sentiasa erat, saling menyayangi dan menjadi peneman antara satu sama lain. Amin Ya Rabb,” kongsinya.  Terdahulu pelawak Achey dan isteri, Nor Hasanah atau Anne , berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata selepas 15 tahun menanti. Mereka tidak pernah putus doa walaupun melalui pelbagai ujian termasuk rawatan IVF sebelum ini.  Pasangan ini juga menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat.Sumber - Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved