Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional secara rasmi berjaya memenangi majoriti dua pertiga dengan kemenangan di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam (1 Ogos).
BN-PN Menang Majoriti Dua Pertiga Kerusi DUN
Berdasarkan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR], BN memenangi 18 kerusi daripada 25 kerusi DUN yang ditandingi manakala PN memenangi 7 daripada 11 kerusi sekaligus memperolehi mandat membentuk kerajaan negeri.
Kemenangan BN-PN itu turut diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan malam tadi.
“Keputusan ini akan turut membawa satu gelombang biru dan biru pekat yang telah bermula di negeri Johor dan Insya-Allah ianya akan menular di negeri Melaka.
“Mandat ini membawa mesej yang jelas rakyat mahukan keadilan, inilah makna perpaduan yang dirindui rakyat Malaysia dan Negeri Sembilan,” katanya yang dipetik dari Astro Awani.
![Image from: [Rasmi] PRN N9: BN-PN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/BN-PN-menang-majoriti-dua-pertiga-kerusi-di-prn-negeri-sembilan-1.jpg)
Ahmad Zahid Akan Mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Selepas Perbincangan BN-PN
Jelas Ahmad Zahid ketika ditanya tentang urusan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, beliau menjelaskan perkara itu akan diadakan secepat mungkin.
“Kami akan mengadakan perbincangan susulan kedua-dua parti gabungan ini berkaitan dengan memuktamadkan pembentukan Kerajaan Negeri yang baharu atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan juga Undang Yang Empat,” ujar beliau.
Kemenangan Bukan Alasan Untuk Bermegah, Mandat Perlu Diterjemahkan Dengan Pentadbiran Berorientasikan Kebajikan Rakyat
Tambah Ahmad Zahid lagi, mandat yang diberikan oleh rakyat kali ini bukanlah alasan untuk bermegah.
Sebaliknya, ia perlu diterjemahkan dengan pentadbiran yang stabil, berwibawa serta berorientasikan kebajikan rakyat.
“Insya-Allah, kami menerima keputusan ini dengan penuh rendah diri, tawaduk dan rasa tanggungjawab. Kepercayaan rakyat bukanlah alasan untuk kita bermegah, angkuh, sombong, dan ujub.
“Sebaliknya, kemenangan dan mandat ini mesti dibalas dengan kerja keras, pentadbiran yang berwibawa serta khidmat yang terbaik kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi, jentera parti serta pihak yang terlibat dalam membantu kempen PRN Negeri sembilan pada kali ini.
Dalam satu lagi perkembangan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan.
Malah, Anwar yang juga Perdana Menteri menzahirkan penghargaan setingginya seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.
“Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh tersebut, Pakatan Harapan telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat. Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan,” kata beliau.
Beliau dalam masa sama turut berjanji Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya.
Baca Artikel Berkaitan: Senarai Rasmi Keputusan PRN Negeri Sembilan 2026
Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: Senarai Calon Pakatan Harapan, Barisan Nasional & Perikatan Nasional
Baca Artikel Berkaitan: [Keputusan Tidak Rasmi] PRN N9: Anthony Loke & Tok Min Kalah [Video]



![[TIDAK RASMI] Calon tunggal DHPP gagal ikut rentak kemenangan Pas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602617.webp)


![[TIDAK RASMI] Calon paling tua, muda kalah kerusi ditandingi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/08/01/3602583.webp)