RAUB - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi menyebabkan kawasan sekitar Kampung Batu Talam di sini dilanda banjir pada Rabu.
Limpahan air Sungai Kapur, Batu Talam juga memaksa 49 penduduk daripada 16 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Falah.
**media[3512020]**
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Raub, Kapten Pertahanan Awam (PA) Samasuddin Kambade berkata, PPS terbabit dibuka jam 7 pagi.
Menurutnya, paras kedalaman air kira-kira 0.5 meter.
"Kejadian ini dalam tindakan semua agensi terlibat dan bantuan awal sedang dijalankan.
"Jumlah sebenar mangsa akan dikemas kini selepas mendapat pengesahan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.






