RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 10:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik
RCI mendapati beberapa keputusan penting TH, termasuk pengagihan keuntungan (hibah), penetapan bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS), dipengaruhi unsur politik sepanjang tempoh siasatan melibatkan tahun 2014 hingga 2020.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendapati beberapa keputusan penting Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk pengagihan keuntungan (hibah), penetapan bayaran haji dan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS), dipengaruhi unsur politik sepanjang tempoh siasatan melibatkan tahun 2014 hingga 2020.

Menurut laporan RCI, keputusan berkaitan dana dan kebajikan pendeposit sepatutnya dibuat berdasarkan kedudukan kewangan serta pertimbangan profesional, tanpa dipengaruhi kepentingan politik.

RCI berpandangan dapatan itu menunjukkan keperluan untuk memperkukuh tadbir urus TH supaya setiap keputusan berkaitan pengurusan dana dan operasi institusi berkenaan dibuat secara telus serta berintegriti.

Media sebelum ini melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan Laporan RCI mengenai pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 selepas menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta memperhalusi kandungan laporan itu dalam mesyuarat kabinet.

RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan tersebut mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan 75 peratus daripadanya telah berjaya dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi TH.

Sehubungan itu, laporan RCI mengesyorkan beberapa pembaharuan dilaksanakan, termasuk memperkemaskan peruntukan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), memperjelaskan syarat pelantikan anggota Lembaga serta memperkukuh mekanisme tadbir urus supaya setiap keputusan dibuat berasaskan prinsip akauntabiliti dan kepentingan pendeposit.

Menurut suruhanjaya, langkah berkenaan penting bagi memastikan pengurusan TH kekal profesional, telus dan mampu memelihara keyakinan umat Islam terhadap institusi yang mengurus simpanan bakal jemaah haji itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved