RCI Tabung Haji: Pas masih giat ‘alih tiang gol’ – Kamil Munim

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 3:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI Tabung Haji: Pas masih giat ‘alih tiang gol’ – Kamil Munim

PETALING JAYA – Pas disindir masih giat dengan budaya politik ‘mengalih tiang gol’ apabila terus mempertikaikan waktu pendedahan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Kamil Abdul Munim , Pas dilihat tidak berminat membahaskan kandungan laporan tersebut, sebaliknya memilih untuk mempersoalkan mengapa ia hanya didedahkan sekarang.

“Apabila kerajaan membentangkan dapatan RCI Tabung Haji baru-baru ini, mereka tidak berminat untuk membahaskan kandungan di dalam laporan tersebut.

“Sebaliknya, disoal pula mengapa ia didedahkan sekarang. Kalau pun didedahkan lebih awal, mungkin mereka akan kata tergesa-gesa. Begitulah wajah dan kualiti Pas sebagai pembangkang hari ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Muhammad Kamil berkata, persoalan mengenai waktu sesuai untuk laporan itu didedahkan tidak akan berkesudahan sekiranya setiap masa yang dipilih kerajaan terus dipertikaikan.

“Sebenarnya, bila waktu yang dianggap sesuai oleh Pasir Mas? Selepas PRN Sabah? Sebelum PRN Johor? Selepas selesai PRN Negeri Sembilan? Atau mungkin sebelum PRN Sarawak?

“Atau selepas PRN Melaka? Mungkin tunggu sahaja selesai PRU-16? Hakikatnya, bila pun laporan ini didedahkan, watak seperti beliau tidak akan berpuas hati,” katanya.

Menurutnya, beberapa tangkapan berkaitan isu tersebut telah dilakukan dan pendakwaan terhadap individu yang dikenal pasti terlibat juga akan digerakkan.

“Buat pihak legislatif pula, ruang telah dibuka sepenuhnya untuk membahaskan laporan ini di Dewan Rakyat.

“Harapnya Pasir Mas yang bergeliga ini akan mengambil bahagian dalam sesi tersebut dengan membentangkan hujah-hujah yang benar-benar berkualiti,” katanya.

Dalam pada itu, Kamil berkata, pengurusan TH sendiri sebelum ini memohon supaya laporan berkenaan tidak didedahkan sejurus selepas RCI kerana bimbang implikasinya terhadap keyakinan pendeposit dan keteguhan institusi tersebut.

Katanya, TH kini semakin pulih dan kembali mencatat keuntungan, selain kedudukan asetnya telah mengatasi liabiliti.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa dapatan RCI berhubung TH baru didedahkan dan tindakan terhadap pihak yang didakwa menyeleweng hanya diambil sekarang.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas bagaimanapun berkata, Pas menyokong tindakan susulan yang diambil, namun mendakwa terdapat agenda di sebalik tindakan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post RCI Tabung Haji: Pas masih giat ‘alih tiang gol’ – Kamil Munim appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved