RCI TH: Siasatan LHDN kesan pendapatan individu terlibat tidak sepadan pemilikan aset

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 2:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Tabung haji

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memulakan tindakan siasatan terhadap individu-individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

 Menurut LHDN, siasatan ini dijalankan berdasarkan analisis risiko percukaian, di mana dikesan terdapat ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan yang dilaporkan oleh individu-individu berkenaan.

 Katanya, pihaknya telah mengadakan serbuan ke beberapa premis berkaitan bagi mendapatkan maklumat, membuat semakan dokumen serta mengesahkan fakta yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

 “Setiap tindakan semakan dan siasatan dilaksanakan secara profesional, berintegriti serta berlandaskan peruntukan undang-undang percukaian yang berkuat kuasa tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

 “Sebarang tindakan lanjut hanya akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan, penelitian maklumat serta bukti yang diperoleh sepanjang proses semakan dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Krisis kewangan TH yang bermula dengan isu ketidakpadanan aset dan liabiliti membawa kepada pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar, sebelum disusuli penubuhan RCI bagi menyiasat isu-isu berbangkit bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Selepas TH melalui proses penstabilan kewangan dan operasi, Jemaah Menteri semalam bersetuju mengelaskan semula serta mendedahkan laporan RCI kepada umum, selain memutuskan siasatan lanjut oleh badan penguat kuasa diteruskan berdasarkan dapatan berkenaan.

Laporan itu menggariskan 25 syor penambahbaikan dengan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75 peratus daripadanya manakala agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025 yang diumumkan baru-baru ini membuktikan institusi itu kini berada dalam keadaan lebih baik. – UTUSAN

The post RCI TH: Siasatan LHDN kesan pendapatan individu terlibat tidak sepadan pemilikan aset appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved