RCI Tabung Haji: SPRM reman tiga lagi individu berhubung penyelewengan NOP RM450,000

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: RCI Tabung Haji: SPRM reman tiga lagi individu berhubung penyelewengan NOP RM450,000

SPRM menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga lagi individu, termasuk seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek sebuah syarikat hartanah yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, kerana disyaki bersubahat menyeleweng caj notis penalti (NOP) berjumlah kira-kira RM450,000.

Perintah reman selama lima hari hingga 9 Ogos terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber SPRM, kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira 6 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2017 hingga 2019,” menurut kenyataan itu.

Sumber SPRM memaklumkan tahanan reman itu susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 29 Julai lepas.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved