SPRM minta Saravanan, isteri dan 3 anak isytihar harta

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPRM minta Saravanan, isteri dan 3 anak isytihar harta

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan notis kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 itu akan diserahkan kepada Timbalan Presiden MIC terbabit Isnin ini.

“Bagi bekas menteri yang dituduh di mahkamah (baru-baru ini), kami akan menyampaikan notis untuk pengisytiharan harta kepada beliau, isteri beliau dan tiga anak beliau.

“Mereka sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka akan hadir di ibu pejabat SPRM Isnin ini, untuk diserahkan notis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penutupan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026 di sini, hari ini.

The post SPRM minta Saravanan, isteri dan 3 anak isytihar harta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved