SPRM serah notis isytihar harta kepada Saravanan, keluarga

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 7:54 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: SPRM serah notis isytihar harta kepada Saravanan, keluarga

SPRM akan serahkan notis pengisytiharan harta kepada bekas Menteri Sumber Manusia Saravanan, isteri dan tiga anaknya bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan notis kepada bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, isteri dan tiga anaknya supaya mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata notis pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 akan diserahkan kepada Saravanan, isteri dan dua anak pada Isnin ini manakala seorang lagi anaknya pada November kerana masih berada di luar negara.

“Mereka telah dimaklumkan dan akan hadir ke ibu pejabat SPRM bagi penyerahan notis tersebut.

“Tempoh 30 hari diberikan dan jika tempoh itu tidak mencukupi, lanjutan masa akan diberikan sekiranya mereka memohon (untuk lanjutan tersebut),” katanya.

Abd Halim berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali kelima 2026 di sini hari ini.

Saravanan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan hampir RM1.09 juta berkaitan kelulusan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat yang didakwa dilakukan empat tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Abd Halim berkata pihaknya masih belum menerima pengisytiharan harta daripada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan keluarganya.

“Kita baru menyerahkan notis pada 15 Sept. Tunggu sebulan,” katanya.

Notis pengisytiharan harta kepada Abdul Azeez dan keluarganya dibuat di bawah Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dah Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved