RCI TH: Ahli politik aktif tidak wajar dilantik terajui TH

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 11:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Ahli politik aktif tidak wajar dilantik terajui TH

KUALA LUMPUR – Pelantikan ahli politik aktif dalam barisan kepimpinan Lembaga Tabung Haji (TH) dikenal pasti sebagai antara kelemahan tadbir urus institusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan berkata, perkara itu merupakan antara dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH yang menyentuh aspek pelantikan barisan kepimpinan.

Menurutnya, RCI berpandangan masalah yang dihadapi TH antaranya disebabkan kelemahan tadbir urus, terutama berkaitan pelantikan kepimpinan.

“RCI membangkitkan isu lantikan ahli politik aktif sebagai amalan yang tidak wajar dalam mentadbir TH dan mengesyorkan agar tiada lagi lantikan sebegini berlaku di institusi seperti TH,” katanya ketika memberi penerangan berhubung Laporan RCI TH pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Katanya, RCI turut menyatakan amalan pelantikan ahli politik aktif dalam barisan kepimpinan TH tidak patut berlaku dan tidak seharusnya diteruskan pada masa hadapan.

Selain itu, antara kelemahan lain dikenal pasti ialah kuasa luas Menteri yang bertanggungjawab serta pelantikan ahli lembaga tanpa kriteria khusus, sekali gus memerlukan pindaan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Sehubungan itu, RCI berpandangan pembaharuan menyeluruh terhadap Akta Tabung Haji diperlukan termasuk menetapkan kriteria khusus kelayakan dan kaedah pemilihan anggota Lembaga berdasarkan kepakaran.

RCI turut mencadangkan larangan terhadap ahli politik aktif daripada dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga TH. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Ahli politik aktif tidak wajar dilantik terajui TH appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved