RCI TH: Beberapa individu penting sudah ditahan

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Beberapa individu penting sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Beberapa individu penting yang dikaitkan dengan penyelewengan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan berkata, tindakan itu susulan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Julai lalu yang bersetuju mendedahkan laporan RCI kepada rakyat serta mengarahkan siasatan penuh dilaksanakan serta-merta .

Menurut beliau, tindakan pantas SPRM dan PDRM membuktikan kerajaan tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa atau pecah amanah membabitkan harta dan dana umat Islam.

“Dalam hal ini, saya mengambil kesempatan menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menegaskan agar siasatan berhubung dapatan RCI mengenai TH dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi sehingga ke lubang cacing.

“Keprihatinan baginda menggariskan kepentingan utama dalam memelihara amanah serta keyakinan umat Islam terhadap institusi pengurusan haji dan kewangan Islam negara ini adalah selari dengan iltizam kerajaan Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian katanya ketika memberi penerangan berkaitan laporan RCI mengenai TH di Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, TH telah melaksanakan lebih 75 peratus daripada 25 syor RCI, termasuk memperkukuh tadbir urus, menggunakan piawaian perakaunan sepenuhnya serta melaksanakan audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah.

“Dalam hal ini, TH sudah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan baki syor yang relevan sedang giat dalam pelaksanaan,” katanya.

Tegasnya, segala pembaharuan itu penting bagi memastikan Tabung Haji kembali kukuh dan amanah jutaan pendeposit terus dilindungi daripada salah guna kuasa, campur tangan politik serta kelemahan tadbir urus pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Beberapa individu penting sudah ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved