RCI TH: Bekas menteri tiba mahkamah bagi prosiding reman

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 10:46 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: RCI TH: Bekas menteri tiba mahkamah bagi prosiding reman

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta  menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

PUTRAJAYA: Seorang bekas menteri tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu, tiba pada 10.25 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Semalam, individu tersebut ditahan kira-kira 4.30 petang, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan TH di Arab Saudi.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta  menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved