Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat ditahan SPRM

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat ditahan SPRM

ALOR SETAR – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal baja ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah, di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam

Dia kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini sebelum direman selama empat hari sehingga 16 September ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM pada pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kosmo! pada 7 September lalu melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan bagi isu kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

SPRM Kedah menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) pada 26 Ogos lalu dan satu kertas siasatan telah dibuka.

Ia bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memenuhi keperluan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda berkeluasan 100,000 hektar.

Siasatan berhubung isu tersebut dilakukan SPRM Kedah bagi menyiasat bukan sahaja daripada aspek jenayah, namun termasuk sebarang isu kelemahan tatakelola yang wujud sehingga berlakunya kelewatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Isu baja lewat, pengarah urusan syarikat ditahan SPRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved