SPRM: Bekas Menteri Dijangka Dituduh Esok

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 7:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

SPRM: Bekas Menteri Dijangka Dituduh Esok

KUALA LUMPUR - Seorang bekas menteri dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam jemputan media dikeluarkan hari ini, SPRM memaklumkan, pihaknya telah memperoleh kelulusan untuk mendakwa bekas menteri berkenaan yang dijadual hadir di mahkamah pada jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun, SPRM tidak mendedahkan identiti individu terbabit.

Bekas menteri itu dipercayai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang pernah menyandang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dari 2009 hingga 2018.

Jamil Khir sebelum ini direman SPRM bagi membantu siasatan berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pengurusan dan tadbir urus Lembaga Tabung Haji.

Beliau pada awalnya direman selama lima hari sebelum tempoh reman itu dilanjutkan dua hari lagi.

Siasatan dipercayai melibatkan perkara dibangkitkan dalam laporan RCI, termasuk keputusan berkaitan Tabung Haji yang dibuat ketika beliau menerajui portfolio berkenaan.

Sebelum ini, Jamil Khir menjelaskan, keputusan yang dibuat sepanjang tempoh beliau sebagai menteri adalah berdasarkan cadangan Lembaga Tabung Haji serta mengikut prosedur ditetapkan institusi berkenaan.

SPRM setakat ini belum mendedahkan butiran pertuduhan yang akan dikenakan terhadap bekas menteri terbabit.

Butiran lanjut dijangka diketahui apabila pertuduhan dibacakan di mahkamah esok.

Mengikut sistem perundangan, bekas menteri berkenaan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. - Getaran, 13 September 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved