RCI TH: Jangan ‘pukul rata’ ahli politik – Mohamad Hasan

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Jangan ‘pukul rata’ ahli politik – Mohamad Hasan

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, latar belakang politik seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran umum terhadap kemampuan atau integriti individu yang dilantik ke dalam sesebuah organisasi.

Beliau berkata, terdapat ahli politik yang berjaya mengurus organisasi dengan baik, manakala individu bukan politik juga tidak semestinya menjamin sesebuah institusi bebas daripada masalah.

“Dia tak boleh kita cakap serangkap jarang semua. Kita tak boleh pukul rata. Ada orang politik yang berjaya mengurus. Saya dulu mengurus sekejap, tapi tak pernah ada apa-apa.

“Jadi, kita tak boleh kata orang politik. Orang tak politik pun kadang-kadang dalam organisasi mereka lagi teruk, lagi banyak hal yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan bahawa penglibatan ahli politik dalam organisasi boleh memberi imej negatif kepada sesebuah institusi susulan pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.

Mengulas kemungkinan laporan berkenaan menjejaskan imej Malaysia, Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, perkara itu lebih wajar dilihat dari sudut kelemahan sistem dan tadbir urus yang berlaku dalam sesebuah organisasi.

Katanya, pengurusan Tabung Haji perlu mengambil iktibar daripada kelemahan berkenaan dengan memperkasakan serta memperketatkan tata kelola bagi mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada institusi. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Jangan ‘pukul rata’ ahli politik – Mohamad Hasan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved