RCI TH: LHDN mulakan siasatan cukai, serbu beberapa premis

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RCI TH: LHDN mulakan siasatan cukai, serbu beberapa premis
LHDN memulakan siasatan terhadap individu-individu yang dikenal pasti berdasarkan RCI TH. Foto hiasan

SHAH ALAM – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memulakan siasatan terhadap individu-individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Agensi di bawah Kementerian Kewangan itu memaklumkan, siasatan tersebut dijalankan berdasarkan analisis risiko percukaian selepas dikesan terdapat ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan dilaporkan oleh individu terlibat.

"LHDN telah mengadakan serbuan ke beberapa premis berkaitan bagi mendapatkan maklumat, membuat semakan dokumen serta mengesahkan fakta berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.

"Setiap tindakan semakan dan siasatan dilaksanakan secara profesional, berintegriti serta berlandaskan peruntukan undang-undang percukaian yang berkuat kuasa tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, agensi itu menyerbu tiga premis termasuk satu yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi TH di Jalan Kampung Attap susulan laporan RCI.

Dua lagi premis yang diserbu dikaitkan dengan bekas Pengarah Urusan TH di Sri Hartamas serta bekas pengurus besar TH di Putra Heights, Subang Jaya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved