RCI TH: Polis mohon rakam keterangan 14 saksi di Indonesia

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 4:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: Polis mohon rakam keterangan 14 saksi di Indonesia

PETALING JAYA – Polis membuat permohonan untuk merakam keterangan 14 saksi di Indonesia bagi membantu siasatan berkaitan urusan pembelian dan penjualan saham serta syarikat berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, permohonan berkenaan telah dibuat melalui mekanisme Bantuan Perundangan Bersama (MLA) bagi mendapatkan keterangan semua saksi terbabit.

“Jika mereka tidak boleh datang (Malaysia), kita akan berusaha pergi ke sana atau menggunakan protokol undang-undang yang ada mengikut MLA,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rusdi berkata, seramai 134 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Katanya, ia membabitkan kakitangan dalaman, pemegang amanah, ahli lembaga pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan.

“Ada di antara 10 saksi itu pernah dipanggil memberikan keterangan sebelum ini, termasuk individu yang mempunyai kaitan dengan pengurusan dan struktur organisasi TH.

“Kalau kita tengok laporan RCI itu, ada nama disebutkan di situ dan kita boleh agak siapa yang dipanggil,” katanya.

Rusdi juga tidak menolak kemungkinan individu lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan sekiranya diperlukan berdasarkan perkembangan siasatan.

Sebelum ini, polis menerima sembilan laporan daripada TH, anak syarikatnya dan orang awam berhubung dakwaan jenayah komersial, termasuk perkara yang dibangkitkan dalam laporan RCI.

Empat kertas siasatan dibuka pada peringkat awal sebelum satu lagi dibuka mengikut undang-undang pencegahan pengubahan wang haram, menjadikan keseluruhannya lima.

Siasatan dijalankan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Tabung Haji 1995, Akta Syarikat 1965 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: Polis mohon rakam keterangan 14 saksi di Indonesia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved