RCI TH: SPRM mohon reman bekas menteri

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: SPRM mohon reman bekas menteri

PUTRAJAYA- Seorang bekas menteri tiba di Mahkamah Putrajaya di sini hari ini bagi mendapatkan permohonan tahanan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan institusi itu.

Individu berusia 60-an itu tiba kira-kira pukul 10.25 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum di bawa oleh pegawai SPRM untuk permohonan prosedur reman.

Tokoh politik berkenaan tiba dengan keadaan tangan bergari serta berbaju lokap SPRM.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan suspek tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Bekas menteri itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sebelum ini, SPRM telah menahan reman bekas
Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).

Pada 14 Ogos lalu, tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan isu sama.

Dalam laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu, sebanyak 25 syor utama dikemukakan bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: SPRM mohon reman bekas menteri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved