Realme 12 5G Akan Tiba Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
12 Mar 2024 • 5:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme dilihat berkongsi perancangan untuk penawaran peranti baharu di Malaysia. Melaluinya Realme 12 5G akan diumumkan namun masih belum jelas mengenai tarikh pelancaran khusus. Begitu juga dengan spesifikasi dalaman yang juga dijangka serupa dengan versi di India sebelum ini.

image is not available

Meskipun demikian seperkara yang semua perlu tahu peranti itu akan dilengkapi fungsi Dynamic Button yang terbina pada butang kuasa. Ia boleh diubahsuai untuk pelbagai akses pintas seperti kamera, lampu suluh, mod senyap, mod kapal terbang dan tetapan jangan diganggu.

Diikuti juga dengan kemampuan mengakses aplikasi kegemaran dengan pantas yang termasuk Instagram dan TikTok. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai perkara ini, sama-sama nantikan kemas kini daripada pihak Realme Malaysia dalam masa terdekat.