Realme Berkongsi Latar Masa Kemaskini Realme UI 6.0

TechnologyDigital
28 Oct 2024 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme dilihat berkongsi latar masa kemaskini Realme UI 6.0 yang dibina berasaskan Android 15. Latar masa yang diberikan melibatkan peranti-peranti di peringkat global. Walaupun begitu ia akan dilancarkan secara rasmi seiring dengan pengenalan telefon mercu baharu GT7 Pro pada 4 November 2024. Dalam masa sama membahagikan penawaran ini kepada dua tempoh masa yang kebanyakannya pada Q4 2024 dan menjangkau sekitar Januari 2025.

image is not available

  • Tiga bulan akan datang – Realme GT 6, Realme GT 6T, Realme 13 Pro+, Realme 13 Pro, Realme 13+, Realme 12 Pro+ dan Realme 12 Pro

  • Enam bulan akan datang – Realme GT3 240W, Realme 11 Pro+, Realme 11 Pro, Realme 10 Pro+, Realme 10 Pro, Realme 13, Realme 12+, Realme 12 dan Realme 12X

Realme mempunyai rancangan untuk mengemaskini antaramuka menjadi lebih dinamik dan interaksif. Selain itu melangkaui apa yang tersedia pada sesebuah peranti Android setakat ini. Terdapat juga ciri berasaskan AI yang disokong termasuk AI Erase 2.0, AI Documents, AI Recording Summary, dan AI Remove Reflections bertujuan untuk penggunaan lebih mudah.