Snapdragon 8 Elite Dilancarkan – Dilengkapi CPU Oryon dan Grafik Setara PC

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 3:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip mercu seterusnya daripada Qualcomm ialah Snapdragon 8 Elite dan bukannya Snapdragon 8 Gen 4 seperti yang diramalkan. Ini ialah satu lagi pertukaran skema nama selepas Qualcomm menghentikan penggunaan nama tiga digit tiga tahun lalu. Snapdragon 8 Elite mempunyai nama yang sama dengan cip PC Snapdragon X Elite kerana kedua-duanya mempunyai beberapa persamaan.

image is not available

Pertama sekali Snapdragon 8 Elite dilengkapi konfigurasi teras CPU 2+6 iaiatu 2X teras CPU Prime Oryon pada kelajuan 4.32GHz dan 6X teras CPU Performanca Oryon pada kelajuan 3.53GHz. Ini dipadankan pula dengan GPU terkini Adreno.

Menurut Qualcomm kerana penjimatan kuasa yang mampu dicapai CPU Oryon, mereka tidak lagi menggunakan konfigurasi tri-kluster yang digunakan selama ini dan tidak perlu lagi menyertakan CPU penjimatan kuasa seperti Cortax-A520 tahun lalu.

image is not available

Dengan teras Prime beroperasi pada kelajuan 4.32GHz, ia menjadikan 8 Elite cip peranti mudah alih dengan kelajuan CPU tertinggi setakat ini. Ia juga adalah cip pertama Qualcomm yang dihasilkan menggunakan teknologi 3nm berbanding 4nm pada 8 Gen 3 tahun lalu.

image is not available

Menurut Qualcomm menerusi penggunaan CPU Oryon generasi kedua, ia meletakkan prestasi 8 Elite di barisan yang sama dengan X Elite yang menggunakan CPU Oryon generasi pertama. Peningkatan prestasi CPU ialah sehingga 45% tetapi masih mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 44%. Dalam ujian penanda aras yang telah dilakukan, Qualcomm berkata markah yang dicatatkan Snapdragon 8 Elite adalah lebih tinggi berbanding Apple A18 Pro dalam ujian Antutu, Geekbench 6 dan Speedometer 3.0.

image is not available

GPU pula mencatatkan peningkatan prestasi 40% dan ray tracing pula sehingga 35% tetapi mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 40%. Akhir sekali NPU pula mencatatkan peningkatan 45% bagi menjalankan pelbagai model AI terus daripada peranti.

GPU Adreno terkini pada 8 Elite juga yang pertama menyokong sepenuhnya ciri Nanite yang digunakan dalam enjin Unreal Engine 5.3. Tiada cip untuk peranti Android menyokongnya sebelum. Serentak dengan pengumuman cip, Qualcomm mengatakan beberapa permainan dengan grafik kelas AAA akan mula ditawarkan pada peranti mudah alih.

image is not available

Spesifikasi lain ialah penggunaan model Snapdragon X80 5G, sokongan skrin QHD+ 240Hz, memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, kamera sehingga 320MP dan rakaman video sehingga 8K 60p.

Pengeluar terawal yang akan menggunakan Snapdragon 8 Elite ialah ASUS, Honor, iQOO, OnePlus, OPPO, RealMe, Samsung, Vivo, dan Xiaomi. Peranti pertama dengan cip ini akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.