
Reddit kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk akses RSS keperkhidmatan mereka, berkuat-kuasa 13 November 2026 kelak. Sebab utama ciri ini ditamatkan adalah kerana RSS telah menjadi salah satu sumber utama untuk pelbagai perkhidmatan dan bot AI untuk mengakses kandungan mereka, dan menyalah-guna platform Reddit tersebut sendiri.
Disamping akses ke RSS, Reddit juga turut akan menamatkan sokongan akses API terbuka berkuat-kuasa Mac 2027 kelak.
RSS sedia popular sekitar dua dekad yang lepas, ketika populariti arena blog. Ketika itu, ia dihubungkan dengan sejumlah perkhidmatan lain seperti Google Reader dan lain-lain, seterusnya memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dan kemaskini semasa dari satu perisian atau aplikasi. Namun, kebelakangan ini, pelbagai syarikat AI menggunakan akses ini untuk melatih model dan mengakses kandungan web lain, tanpa membayar lesen kandungan.
Dengan langkah Reddit ini, tidak mustahil kita melihat pelbagai perkhidmatan lain turut melakukan perkara sama tidak lama lagi.





