Reddit Recap 2024 Kini Boleh Diakses Pengguna

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 2:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kepada pengguna Reddit, anda kini boleh melihat rangkuman aktiviti sepanjang tahun ini menerusi ciri Reddit Recap 2024. Seperti tahun lalu matriks yang digunakan oleh Reddit untuk melihat tahap ketagihan anda ialah panjang tatalan dalam aplikasi yang diukur menggunakan panjang pisang.

image is not available

Untuk mengakses Reddit Recap 2024 anda, sila car ikon pisang berwarna kuning yang diletakkan di bahagian atas skrin bersebelahan ikon avatar anda. Selain itu Reddit juga akan memaparkan tiga subReddit yang paling kerap dilawati, komen yang menerima undian tertinggi dan juga memberikan saranan subReddit yang boleh diikuti berdasarkan tabiat penggunaan aplikasi.

Selain memberikan Recap untuk akaun peribadi, Reddit juga menawarkan Recap untuk setiap subReddit dengan ia akan memaparkan muatan paling popular, komen paling popular dan statistik mengenai jumlah pelawat serta komen digunakan. Reddit Recap 2024 boleh diakses menerusi aplikasi sekarang.