Butiran OnePlus Nord 6 Didedahkan – Cip Snapdragon 8s Gen 4, Bateri 9000mAh

TechnologyDigital
1 Apr 2026 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teka-teki mengenai peranti Nord yang tular sebelum ini akhirnya terjawab apabila ia disahkan sebagai OnePlus Nord 6. Butiran awal peranti turut mula didedahkan melalui laman Amazon termasuk rekaan serta beberapa perkakasan dalaman penting.

image is not available

OnePlus Nord 6 hadir dengan tubuh berkotak bersama panel rata sepenuhnya dan sisi melengkung. Ia dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 4 serta dua cip tambahan lain iaitu Touch Reflex dan G2 WiFi untuk sokongan lebih lancar. Peranti ini juga dikatakan mampu memainkan permainan sehingga 165FPS dengan prestasi serta pengaliran haba yang baik.

image is not available

Sementara itu, bateri 9000mAh yang dimuatkan diiklankan mampu bertahan lebih dua hari. Selain itu, ia menawarkan skrin OLED 165Hz seperti OnePlus 15 sebelum ini sekali gus melengkapkan pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh.

Memori OnePlus Nord 6 terdiri daripada 12GB RAM berasaskan LPDDR5X dan storan dalaman 256GB berasaskan UFS 4.1. Tetapan kameranya pula merangkumi kamera utama 50MP Sony dengan sokongan OIS, kamera ultra-lebar 8MP serta kamera swafoto 32MP.

image is not available

Ia turut dilengkapi ciri-ciri AI menarik seperti AI Mind Space, AI Translate, AI Write dan AI Pocket Scanner untuk memudahkan penghasilan dokumen serta pembentangan. Melengkapkan peranti ialah penarafan kalis air IP66, IP68 dan IP69 yang menjadikannya lebih tahan lasak dalam pelbagai keadaan.