Redmi Pad 2 telah dilancarkan secara rasminya di Filipina hari ini. Tablet Android ini dilengkapi skrin 11″ IPS LCD 90Hz dengan resolusi 2.5K yang dipadankan dengan cip Helio G100, memori sehingga 8GB RAM, storanm sehingga 256GB dan bateri sebesar 9000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Kamera terdiri daripada lensa sudut lebar 8MP di belakang dan kamera swafoto 5MP di hadapan. Peranti dilengkapi sistem audio Dolby Atmos dengan empat speaker, bicu audio dan menggunakan sistem operasi HyperOS 2.0. Turut disertakan ialah stylus Redmi Smart Pen untuk lakaran terus pada skrin. Jelas sekali ini ialah sebuah tablet mampu milik bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih.

Di FIilipina ia akan dijual pada harga Php 11,999 (~RM 916) untuk model 6/128GB dan Php 13,999 (~RM 1068) untuk model 8/256GB dalam pilihan warna hitam dan biru. Redmi Malaysia sudahpun mengesahkan tablet ini akan ke pasaran tempatan namun tarikh belum diumumkan.
