Redza Rosli, Bella Hanna hadir Mahkamah Syariah, Di Ambang Perceraian? – “Minta Maaf Semua”

LocalEntertainment
9 Sep 2026 • 3:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Redza Rosli, Bella Hanna hadir Mahkamah Syariah, Di Ambang Perceraian? – “Minta Maaf Semua”

Kehadiran pasangan selebriti, Redza Rosli dan Bella Hanna di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan media serta peminat.

Redza, 34, dilihat hadir mengenakan kemeja putih lengkap dengan songkok, manakala Bella, 30, pula tampil dengan jubah berwarna merah jambu.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, ketika ditemui media, Redza memilih untuk tidak memberikan sebarang respons atau menjelaskan tujuan kehadirannya ke mahkamah.

Peguam yang mewakili Redza, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib turut enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut demi menghormati anak guamnya.

Sebelum ini, Bella pernah tampil menjelaskan mengenai salah faham yang timbul selepas dia berkongsi sekeping foto ketika berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.

Menurut Bella, orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat sebarang andaian hanya berdasarkan satu gambar yang dimuat naik di media sosial.

Bella pada ketika itu turut menegaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan spekulasi dan menyatakan rumah tangganya bersama Redza berada dalam keadaan baik.

Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 2024. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BAC:A “Kalau ‘Gentleman’ Datang Jumpa Saya” – Siti Nurhaliza Dedah Kenal Individu Yang Sering ‘Provok’ Di Media Sosial

The post Redza Rosli, Bella Hanna hadir Mahkamah Syariah, Di Ambang Perceraian? – “Minta Maaf Semua” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved