Redza Rosli, isteri hadir ke mahkamah cetus tanda tanya

LocalEntertainment
9 Sep 2026 • 5:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Redza Rosli, isteri hadir ke mahkamah cetus tanda tanya

KUALA LUMPUR: Pelakon, Redza Rosli enggan memberi sebarang kenyataan mengenai desas desus kerentakan rumah tangganya dengan isteri, Bella Hanna.

Redza yang ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Isnin sekadar menyapa rakan media dan memohon maaf kerana tidak dapat memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

“Minta maaf ya,” katanya.

Bagaimanapun Redza yang hadir ke Mahkamah dengan memakai songkok, berkemeja dan berseluar hitam meredakan spekulasi yang timbul apabila berjalan berpegangan tangan dengan isterinya yang hadir mengenakan jubah merah rambu.

Terdahulu Bella menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik fotonya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Bagaimanapun dia menjelaskan kehadirannya ke mahkamah tersebut tidak semestinya berkaitan urusan perceraian.

Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata.

The post Redza Rosli, isteri hadir ke mahkamah cetus tanda tanya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved