Kelibat Redza Rosli & Isteri Di Mahkamah Sekali Lagi Cetus Tanda Tanya

LocalEntertainment
9 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft redza bella hana

Kehadiran pelakon Redza Rosli bersama isterinya, Bella Hanna, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini mencetuskan tanda tanya.

Menurut sumber, pelakon drama Akad Tak Dipinta itu dilihat hadir ke mahkamah dengan mengenakan kemeja putih, seluar hitam serta bersongkok.

Artikel berkaitan : “Saya pun tak tahu dia…” – Redza Rosli Dedah Sebab Isteri Hadir Ke Pejabat Agama

Dalam pada itu, Bella, 30, pula kelihatan anggun mengenakan jubah berwarna merah jambu. Bagaimanapun, ketika ditemui media, Redza enggan memberikan sebarang komen berhubung kehadirannya ke mahkamah.

“Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Redza, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan demi menghormati anak guamnya.

Screenshot 2026 09 09 174200

Terdahulu, Bella pernah menjelaskan salah faham yang timbul susulan sekeping foto yang dimuat naik dan memaparkan dirinya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor pada 2 Julai lalu.

Dalam temu bual bersama media sebelum ini, Bella memaklumkan bahawa orang ramai tidak seharusnya terburu-buru membuat sebarang andaian hanya berdasarkan satu gambar yang dikongsikan di media sosial.

Untuk rekod, Redza dan Bella mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, yang kini baru berusia lapan bulan.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved