Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Family & Parenting
26 Nov 2026 • 11:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ada insan yang sentiasa memastikan kebajikan pelajar tidak terabai meskipun mereka sendiri sibuk dengan tanggungjawab masing-masing.

Bagi seorang guru, tugas mendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas atau memastikan pelajar bersedia menghadapi peperiksaan.

Kadangkala, perhatian kecil seperti mengingatkan pelajar supaya makan dan memastikan perut mereka terisi juga menjadi sebahagian daripada tanda keprihatinan seorang pendidik.

Break peperiksaan cuma 15 minit, cikgu tetap pastikan pelajar sempat isi perut

Itulah yang mencuri perhatian menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh @asiskl_official yang memaparkan gelagat guru-guru Sekolah Menengah Sains Alam Shah ketika waktu rehat peperiksaan.

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang guru sibuk menyediakan makanan buat pelajar, termasuk roti bakar dan minuman bagi memastikan mereka sempat mengalas perut sebelum menduduki kertas peperiksaan seterusnya.

Menariknya, sebaik sahaja makanan disediakan, sekumpulan pelajar dilihat berkerumun di sekitar meja untuk mendapatkan hidangan yang tersedia.

Walaupun waktu rehat hanya diberikan selama 15 minit, guru-guru berkenaan tetap berusaha memastikan anak didik mereka tidak terlepas peluang untuk menjamu selera sebelum kembali ke dewan peperiksaan.

Perkongsian itu turut disertakan dengan kapsyen yang menyentuh hati apabila menyebut pengorbanan guru bukan sekadar mengingatkan pelajar tentang perkara yang mungkin terlupa sebelum menghadapi peperiksaan.

"Pengorbanan cikgu-cikgu bukan sekadar ingatkan apa yang mereka terlupa sebelum peperiksaan. Asalkan semua dapat alas perut sebelum menduduki kertas peperiksaan berikutnya," tulisnya.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai
Kredit: @asiskl_official
Baca juga:

Bukan manjakan murid, tetapi permudahkan urusan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan guru yang sanggup melakukan pelbagai perkara demi kebajikan pelajar terjaga.

Malah, ada yang berpendapat tindakan sedemikian bukanlah bermaksud guru terlalu memanjakan anak murid, sebaliknya membantu memudahkan urusan mereka ketika menghadapi peperiksaan.

"Terima kasih cikgu. Ni bukan manjakan murid, ni permudahkan urusan murid," komen @dauszbutgin.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Seorang lagi pengguna, @gameml20 turut meluahkan rasa terharu melihat keprihatinan guru-guru yang sanggup memastikan pelajar mendapat makanan sebelum meneruskan peperiksaan.

"Menangis sebak tengok ni semua. Semoga balasan syurga untuk semua cikgu-cikgu di Malaysia," tulisnya.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Malah, ada juga yang membayangkan keadaan pelajar kurang berkemampuan yang mungkin tidak sempat menikmati sarapan sebelum hadir ke sekolah untuk menduduki peperiksaan.

"Ya Allah, bayangkan ada murid yang kurang mampu tak sempat sarapan," komen @ifntsha.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Ada yang mengimbau kembali layanan baik guru ketika menduduki peperiksaan SPM

Menariknya, perkongsian tersebut turut membuatkan segelintir pengguna media sosial teringat kembali layanan dan pengorbanan guru masing-masing ketika menduduki peperiksaan SPM.

Ada yang berkongsi pengalaman apabila guru bukan sekadar menyediakan makanan ringan, malah sanggup membantu menghantar pelajar ketika hujan atau mengambil mereka yang terkandas.

"Alah, teringat masa SPM bukan setakat dimanjakan, kalau hujan cikgu ambil, terkandas cikgu ambil, lapar? Cikgu sediakan macam-macam snek ringkas macam ni lah roti bakar. Allah, kalau teringat terharu rasa," kongsi @dddoooddoonat.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Pengguna lain, @aramalek_ turut mengimbau layanan istimewa yang diterimanya daripada guru ketika menduduki SPM pada tahun 2008.

"Teringat dulu cikgu layan habis-habisan punya baik, manja, makan berteman, suapkan air, berkejar-kejar cikgu nak bagi anak murid selesa. Terima kasih cikgu SMKBS," ujarnya.

Image from: Rehat Hanya 15 Minit, Usaha Cikgu Pastikan Calon SPM Sempat Isi Perut Sentuh Hati Ramai

Perkongsian itu sekali gus mengingatkan ramai bahawa pengorbanan seorang guru bukan hanya tertumpu kepada usaha memastikan anak murid memperoleh keputusan cemerlang.

Sebaliknya, perhatian kecil seperti menyediakan makanan, menemani pelajar dan memastikan mereka selesa juga menjadi kenangan yang pastinya sukar untuk dilupakan.

Mungkin bagi guru, semua itu hanyalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka. Namun bagi pelajar, kebaikan tersebut tetap terpahat dalam ingatan meskipun sudah bertahun-tahun meninggalkan alam persekolahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved