JPNS kenal pasti sekolah berisiko banjir, pastikan SPM berjalan lancar

LocalEnvironment
2 Nov 2026 • 12:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

JPNS kenal pasti sekolah berisiko banjir, pastikan SPM berjalan lancar

SHAH ALAM, 2 NOV: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) mengenal pasti sekolah berisiko banjir sebagai langkah persediaan memastikan urusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjalan lancar sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata persediaan awal perlu dilaksanakan sebaik mungkin susulan peralihan MTL yang bermula pada 27 Oktober lalu.

“Kita akan dapatkan maklumat berhubung perkara ini. Saya dah minta JPNS kenal pasti lokasi lazim (banjir) supaya kita boleh bersiap sedia ketika musim perlahan MTL ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pada Majlis Simbolik Penyerahan Program Nutrisel dan Mega Nutrisel 2026 di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, di sini hari ini.

Image from: JPNS kenal pasti sekolah berisiko banjir, pastikan SPM berjalan lancar
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama pelajar ketika majlis simbolik penyerahan Program Nutrisi Selangor (Nutrisel dan Mega Nutrisel) di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam pada 2 November 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Sementara itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri meluluskan kira-kira RM800,000 bagi melaksanakan projek segera mengatasi masalah banjir, khususnya sekitar persimpangan I-City, Seksyen 7 dan Taman Rashna, Klang.

Jelasnya, semua projek berkenaan dijangka siap menjelang awal Disember ini sekali gus mengurangkan risiko situasi air naik berlaku.

“Selain itu kita juga sediakan pam sebagai langkah alternatif mengelakkan berlakunya banjir di kawasan terbabit. Sekarang dah masuk peralihan MTL, jadi seperti biasa kita akan kenal pasti titik panas banjir untuk persediaan,” katanya.

MTL yang bermula pada 27 Oktober, dijangka berterusan hingga Mac 2027 dengan diramalkan membawa antara tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan, khususnya dari November hingga Januari, sekali gus meningkatkan risiko banjir, terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved