Rejim israel laksana hukuman kolektif di Tebing Barat – PM Palestin

22 Aug 2023 • 3:37 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye pada Isnin menuduh israel mengenakan hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, lapor Xinhua dipetik BERNAMA.

Beliau membuat kenyataan itu berikutan beberapa siri serangan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi terhadap rakyat Palestin dan harta benda mereka di beberapa kawasan di Tebing Barat.

“Bandar Huwara dan kampung-kampung di selatan Nablus di bahagian utara Tepi Barat dan beberapa kawasan lain sekali lagi telah menjadi sasaran dalam tempoh dua hari lalu,” kata Ishtaye dalam satu kenyataan.

image is not available
Mohammed Ishtaye, Perdana Menteri Palestin

Beliau berkata bahawa “hukuman kolektif dan semua pencerobohan berulang terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat akan meningkatkan kekuatan dan keazaman mereka untuk kebebasan dan kemerdekaan.”

Ishtaye mengecam tuntutan beberapa pendatang dan pelampau yahudi untuk menghapuskan Huwara, yang berlaku selepas kejadian tembakan mengorbankan dua warga israel di bandar itu pada petang Sabtu.

Pada hari Isnin, pertempuran sengit meletus di Huwara dan beberapa kampung di selatan Nablus antara berpuluh-puluh rakyat Palestin dan tentera israel. Berpuluh-puluh orang maut selepas terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera, menurut pakar perubatan Palestin.

Sejak Januari, lebih 220 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera dan pendatang israel, menurut angka rasmi.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia