
Sony bakal melancarkan telefon pintar baharu pada 25 Ogos ini namun rekaannya sudah tertiris lebih awal. Bahagian belakang dilihat hampir sama dengan model terdahulu Xperia 10 VII dengan panel rata dan bar kamera mendatar di bahagian atas yang menempatkan dua kamera serta LED flash.

Rekaan tertiris menunjukkan warna putih dengan sedikit tona kehijauan. Butang kuasa di sisi kanan turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Menariknya, tiada lubang kamera atau takuk pada skrin sebaliknya Sony mengekalkan bezel atas dan bawah yang lebih tebal. Secara keseluruhan, reka bentuk ini tidak menampilkan perubahan besar, sebaliknya lebih kepada penambahbaikan kecil berbanding perubahan drastik.

Dari segi spesifikasi, peranti ini dijangka menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 3, sama seperti Xperia 10 VII. Laporan Geekbench turut menyebut sistem operasi Android 16 mungkin digunakan, namun ada kemungkinan ia dilancarkan dengan Android 17. Sony juga dijangka memberi tumpuan kepada aspek lain seperti kamera atau perisian tetapi setakat ini ia kelihatan terlalu mirip dengan model sebelumnya.
Sumber – Android Headline





