Sony Bakal Perkenalkan Peranti Xperia Baharu 25 Ogos 2026

TechnologyDigital
21 Aug 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony memberi bayangan mengenai kehadiran peranti Xperia terbaharu melalui kemas kini di saluran rasminya. Pelancaran dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos 2026, namun Sony masih belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai rekaan atau spesifikasi peranti berkenaan.

Image from: Sony Bakal Perkenalkan Peranti Xperia Baharu 25 Ogos 2026

Setakat ini, hanya tanda pagar #NextXperia dan kapsyen “A new Xperia is loading…” dikongsikan sebagai promosi awal. Hal ini sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat, dengan ada yang menjangkakan ia mungkin pelancaran untuk Xperia 10 VIII.

Image from: Sony Bakal Perkenalkan Peranti Xperia Baharu 25 Ogos 2026
Sony Xperia 10 VII

Menurut laporan awal, peranti tersebut dijangka menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 6 Gen 3, sama seperti pendahulunya. Selain itu, dokumen FCC yang muncul turut mengesahkan bahawa telefon ini masih mengekalkan bicu audio 3.5mm di mana ciri yang dianggap sebahagian daripada identiti Xperia bersama slot microSD.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan perubahan yang akan membezakan model baharu ini daripada Xperia 10 VII, iaitu model terkini yang diperkenalkan pada September tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved