Rekaan Sony WH-1000XM4C Tertiris

TechnologyDigital
21 Aug 2026 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan fon kepala Sony WH-1000XM4C akhirnya tertiris menerusi laman WinFuture. Ia adalah model kemas kini untuk Sony WH-1000XM4 yang dilancarkan pada tahun 2020. Dari sudut rekaan fon kepala baharu ini mengekalkan rekaan asal XM4.

Image from: Rekaan Sony WH-1000XM4C Tertiris

Perbezaan hanya dilihat pada penawaran warna baharu ungu cair yang tidak ditawarkan sebelum ini. Gambar tertiris menunjukkan XM4C akan dilancarkan dalam tiga warna hitam, ungu cair dan putih. Satu perbezaan kecil ialah tiada lagi logo NFC pada cawan telinga kiri. Pada XM4 asal, fon kepala boleh ditambat pantas dengan telefon menerusi sentuhan NFC . Pada XM5 ciri ini dibuang dan digantikan dengan Google Fast Pair.

Walaupun rupa sama, dikhabarkan XM4C mempunyai hayat bateri 27 jam dengan ANC dan 34 jam tanpa ANC berbanding 30/38 jam pada XM4 asal. Penambahbaikan diberikan pada sokongan Bluetooth 6.0 pada model baharu. Sony belum mengatakan bila Sony WH-1000XM4C akan dilancarkan tetapi mungkin pada 25 Ogos serentak dengan pelancaran Sony Xperia 10 VIII. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved