
PUTATAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersandar pada rekod prestasinya yang terbukti dalam mentadbir Sabah sejak 2020 untuk memenangi pengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Timbalan Ketua Setiausaha GRS Datuk Armizan Mohd Ali berkata rekod prestasi gabungan itu adalah asas untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai garis panduan kepada pengundi dalam membuat keputusan semasa pilihan raya.
Beliau berkata GRS telah berusaha untuk melakukan yang terbaik sepanjang pentadbirannya, yang masih berbaki kira-kira setahun, sebelum penggal Dewan Undangan Negeri sekarang berakhir.
“Kami memberi tumpuan kepada perkara ini kerana, bagi kami, apa yang paling penting apabila melibat urus dengan rakyat ialah rekod prestasi kami.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Itulah kekuatan kita. Ia sepatutnya menjadi asas kepada mana-mana platform politik yang ingin menghulurkan khidmat kepada rakyat kerana semua parti politik di Sabah, termasuk GRS, pada satu ketika sudah mendapat mandat untuk menerajui kerajaan negeri.
“Jadi, saya yakin dengan rekod prestasi GRS, dan berbaki kira-kira setahun lagi untuk kita memperhalusi dan meningkatkan usaha, khususnya melalui pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), kita akan dapat mencapai lebih banyak lagi,” katanya.
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Petagas di sini, baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan, Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah bin Awang Sahari, Ketua Bahagian Petagas Gagasan Rakyat, Mohd Isquzawan Israq Arsit serta perwakilan.
Armizan berkata, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada kepentingan komunikasi yang berkesan dengan orang ramai untuk menyerlahkan pencapaian GRS.
“Kita perlu menjelaskan mengenai rekod prestasi dan pencapaian GRS, yang kita mahu sampaikan kepada rakyat, dan kita perlu tunjukkan kepada mereka kenapa mereka harus terus yakin dengan GRS untuk menerajui Kerajaan Negeri, berserta rakan-rakan kita, termasuk Pakatan Harapan (PH), yang kini sebahagian daripada Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata tumpuan ketika ini adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan memajukan agenda SMJ yang dirancang oleh Kerajaan Negeri.
Mengenai peruntukan kerusi, beliau berkata GRS masih belum memulakan perbincangan mengenai perkara itu dalam kalangan parti komponen dan rakan gabungannya.
“Setiap parti mempunyai kerusinya sebelum ini, dan mungkin ada beberapa kerusi yang memerlukan rundingan, tetapi bagi saya, pada peringkat ini, ia bukan mengenai kerusi.
“Isunya ialah bagaimana kita boleh meyakinkan rakyat dan memastikan mandat yang diberikan kepada kita sebelum ini ditunaikan sebaik mungkin kerana Sabah masih berdepan pelbagai isu seperti air, elektrik dan infrastruktur jalan raya yang perlu diselesaikan.
“Alhamdulillah, kita sudah ada usaha, strategi dan pendekatan melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), yang diumumkan sebelum ini,” kata Armizan.
Beliau berkata, perkara paling penting adalah projek pembangunan untuk menangani isu-isu (kemudahan asas) ini sudah pun berjalan dan bukan sekadar rancangan atas kertas, dengan beberapa dijangka siap tahun ini atau tahun depan.
“Sesetengah (projek) mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun, tetapi pembiayaan sudah tersedia, dan kami optimis dapat membawa perubahan yang bermakna dan bernilai kepada rakyat Sabah,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

