Remaja 15 tahun dirogol lelaki warga asing

30 Jul 2026 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Remaja 15 tahun dirogol lelaki warga asing
Kebimbangan seorang bapa selepas anak perempuannya yang dilaporkan tidak pulang ke rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol remaja bawah umur . Foto hiasan

TAWAU - Kebimbangan seorang bapa selepas anak perempuannya yang dilaporkan tidak pulang ke rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol remaja bawah umur itu dalam satu operasi di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 18 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Batu 2, Jalan Apas.

Menurutnya, siasatan bermula selepas bapa mangsa membuat laporan polis memaklumkan bahawa anak perempuannya yang berusia 15 tahun dilaporkan tidak pulang ke rumah telah ditemui di kawasan bandar di daerah ini.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku telah tinggal bersama suspek di sebuah bilik sewa dan berlaku hubungan intim antara mereka.

"Susulan maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah melancarkan operasi bagi mengesan suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau kemudian berjaya menahan suspek dalam operasi berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan warga asing yang menetap di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Semakan rekod juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya.

Wilynton berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan rogol serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved