
SETIU – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang tersesat di dalam kawasan sekitar kebunnya selama hampir empat hari sejak Isnin lalu berjaya diselamatkan di Kampung Ulu Seladang, di sini, hari ini.
Mangsa, Nik Mohd. Ilmumaradina Nik Ismail yang merupakan pesara polis dijumpai dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, lelaki warga emas itu dijumpai pada kedudukan kira-kira 600 meter dari lokasi motosikalnya diletakkan di pinggir kebunnya.
“Mangsa (Nik Mohd. Ilmumaradin) dikatakan telah keluar dari rumahnya di Kampung Undang, Marang untuk ke kebunnya di Kampung Ulu Seladang dengan menaiki motosikal pada Isnin lalu.
“Begitupun dia tidak pulang ke rumah malah gagal dihubungi menyebabkan keluarganya risau,” katanya di sini hari ini.
Zahril Asri berkata, ahli keluarga dengan bantuan penduduk kampung yang mencari pesara polis berkenaan hanya menemui motosikal mangsa kelmarin.
Beliau berkata, operasi SAR melibatkan pelbagai agensi dan penduduk kampung dilancarkan bagi mencari Nik Mohd. Ilmumaradin pada pukul 8 pagi semalam.
“Dia kemudiannya dibawa dibawa keluar dari kawasan itu sebelum menerima rawatan awal daripada pegawai perubatan bertugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pesara polis 70 tahun sesat empat hari dalam kebun appeared first on Kosmo Digital.






