Remaja 16 tahun hilang di USJ 16, polis mohon bantuan

28 Sep 2026 • 8:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja 16 tahun hilang di USJ 16, polis mohon bantuan

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16, Subang Jaya, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Muhammad Haziq Zikry Roslan daripada ahli keluarganya kira-kira 5.40 petang semalam.

Beliau berkata remaja berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari kediamannya kira-kira 1 tengah hari.

"Muhammad Haziq Zikry memakai kemeja-T berwarna putih, berseluar trek warna hitam, berketinggian 168 sentimeter, berat 55 kilogram, berkulit hitam manis dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melalui talian 03-7862 7100 atau Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Bukhari Mat Noh menerusi talian 013-488 5483.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved