Remaja dipatuk ular tedung di Tawau

15 Oct 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Remaja dipatuk ular tedung di Tawau

TAWAU: Seorang remaja lelaki dikejarkan ke Hospital Tawau selepas dipatuk ular tedung di hadapan sebuah kedai tayar di kawasan Batu 3, Jalan Apas pada Selasa malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Danish Isyraf Bongging dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.

Terdahulu mangsa dihantar ke hospital menggunakan kenderaan ahli keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menurutnya dalam kejadian itu sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi pada jarak lapan kilometer dari balai susulan panggilan kecemasan yang diterima pada jam 7.50 malam.

“Setibanya di lokasi di pada 8.03 malam, komander operasi Ahmad Pramuja Zainadun melaporkan pihaknya mendapati seekor ular jenis Sumatran Spitting Cobra (Naja sumatrana) berada di hadapan kedai tayar tersebut.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak menangkap ular berkenaan bagi memastikan keselamatan di kawasan kejadian.

“Operasi ditamatkan pada jam 8.18 malam selepas memastikan tiada lagi ancaman bahaya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved