Seks bawah umur: Remaja direman lima hari

15 Oct 2026 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Seks bawah umur: Remaja direman lima hari

TAWAU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang bekerja di sebuah kedai kopi, di sini, direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol terhadap seorang pelajar Tingkatan Dua berusia 14 tahun.

Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin pada Rabu membenarkan perintah reman terhadap suspek bermula 15 hingga 19 Okt ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Permohonan reman dikemukakan Inspektor Robiatul Adawiyah Japri.

Menurut keterangan kes, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa, 43, menemukan kondom terpakai di tempat penyimpanan barang di atas meja solek di bilik tidur anaknya kira-kira 4.30 petang 8 Okt.

Pada 9 Okt, kira-kira 4.30 petang, wanita itu sekali lagi menemukan kondom dan pelincir di dalam beg yang disimpan bersama fail sekolah anaknya.

Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis pada 10 Okt, kira-kira 7.20 malam, selepas anaknya mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya (suspek) pada 26 Sept lepas.

Suspek warga tempatan itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada Selasa (13 Okt), kira-kira 5.20 petang.

Dalam prosiding permohonan reman, peguam Nur Fadhilah Najihah Amir memohon supaya tempoh reman anak guamnya dikurangkan kerana suspek bekerja di kedai kopi milik neneknya dan mudah dihubungi.

Beliau berkata suspek dan mangsa merupakan pasangan kekasih serta mendakwa tiada niat untuk mendatangkan kemudaratan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved